Timbalan ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata penentangan ke atas hudud merupakan salah satu daripada sikap Islamophobia.
Beliau yang juga anak kepada presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sikap itu aneh kerana golongan yang menentang hudud dapat menerima hukuman mati di mahkamah sivil.
“Hududophobia ialah sebahagian daripada Islamophobia yang melanda masyarakat dunia hari ini.
“Ada yang mengecam Hudud dengan alasan ianya adalah undang-undang kejam dan melanggar hak asasi manusia.
“Peliknya mereka boleh menerima pula hukuman mati di atas kerusi elektrik dan gantung sampai mati,” katanya dalam satu kenyataan.
Muuhammad Khalil juga membayangkan bahawa PAS tetapi akan mendapat sokongan dengan melaksanakan hudud.
“Ada yang mempertikaikan isu hudud tidak perlu diberikan keutamaan kerana khuatir pengundi tak akan memberikan undi kepada PAS dalam pilihanraya nanti.
“Akan tetapi peningkatan keahlian PAS mutakhir ini sehingga sudah menjangkau 1 juta ahli menunjukkan bahawa masyarakat Islam di Malaysia menghormati PAS,” katanya.
Beliau mengaitkan perkara itu dengan ketegasan PAS dalam prinsip Islam dan sikap hormat kepada kedudukan orang bukan Islam.
Untuk mereka yang terlupa jalan Allah swt,marilah kita pulang semula ke jalan Allah swt.Mari dengar jawapan dari Iblis bila iblis berjumpa dengan penghuni neraka yang iblis telah berjaya masukkan mereka kedalam neraka.
Ibrahim 14:18-22 - Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.
Tidakkah engkau telah nampak dan mengetahui bahawa Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat? Jika Ia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu.
Dan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah melakukannya.
Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): "Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? " Mereka menjawab: "Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)".
Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
No comments:
Post a Comment