Thursday, 9 July 2015

Peperangan Al-Asful Ma’kul

Artikel | Hari Ini Dalam Sejarah : Peperangan Al-Asful Ma’kul
9 Julai 2014
Briged Eizuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan bagi gerakan Hamas telah merakamkan sebuah kemenangan ke atas pihak musuh Zionis di dalam peperangan Al-Asful Ma’kul pada tahun lepas. Para tentera pihak musuh masih lagi mengatakan tentang keberanian para pejuang Palestin di atas medan pertempuran yang dahsyat di pintu-pintu masuk ke Gaza, ketakutan menghantui para perampas tersebut kerana roket-roket yangtelah dilancarkan.
Pelbagai operasi yang telah dilaksanakan Al-Qassam merupakan titik perubahan di dalam pertempuran mereka dengan pihak musuh Zionis, roket-roket yang telah melalui pelbagai inovasi telah meletakkan jutaan Zionis dibawah simpati Al-Qassam, kawasan-kawasan perlindungan dipenuhi dengan para perampas, dan hilanglah keamanan yang sering disebut-sebut oleh pimpinan mereka.
Menjelang hari ke-3 peperangan Al-Asful Ma’kul berlangsung (9/7/2014) ;
1. Briged Al-Qassam telah berjaya menghentam kem-kem tentera buat pertama kalinya, bilangan roket yang dilancarkan oleh Al-Qassam mencecah angka 132 roket dan pihak musuh mengakui kematian 3 orang perampas dan puluhan yang lain tercedera.
2. Buat pertama kalinya, Briged Al-Qassam berjaya menghentam lapangan terbang ketenteraan Niftem yang jaraknya dengan Gaza adalah lebih dari 70km dengan 2 roket jenis M75.
3. Buat pertama kalinya, Briged Al-Qassam berjaya menghentam bandar nuklear Dimona dengan 3 roket jenis M75.
4. Briged Al-Qassam berjaya menghentam para perampas dan kem-kem ketenteraan Zionis di Haifa, Tel Aviv, Dimona, Beer Sheba, Ashdod, dan pangakalan tentera Niftem dengan 132 roket sepanjang hari tersebut.
5. Briged Al-Qassam berjaya menghentam Kiryat Malakhi dengan bedilan-bedilan roket dan pihak musuh mengakui kematian 3 orang perampas akibat serangan tersebut.
Sumber : Laman web rasmi Briged Al-Qassam
Terjemahan oleh Aman Palestin

No comments:

Post a Comment