Wednesday, 7 January 2015

Berita Palestin

Berita | Palestin dilanda ribut 'Huda'
Ribut musim sejuk yang dikenali sebagai 'Huda', atau 'Zina', mula menyapa negara-negara timur Arab termasuk sebahagian Lubnan.
"Salji akan turun di kawasan yang berkedudukan 700 meter di bawah paras laut. Had laju angin pula akan bergerak selaju 70km/j", menurut Yousif Abu Asaad, Pengarah Meteoroligical Palestin.
Di Jordan, mereka mula menyimpan makanan dan minyak di dalam stor sebagai persediaan menghadapi kehabisan bekalan asas.
Menurut Petra News Agency, suhu akan turn mendadak pada hari Rabu, dan cuaca akan menjadi sangat sejuk, mendung dan hujan di kawasan utara dan tengah negara-negara Timur Tengah.
Ribut Huda dijangka akan menyerang sebahagian dari Tebing Barat dan juga Gaza.
sumber: alarabiya, maanews. [Ph]
‪#‎aqsasyarif‬ ‪#‎SavealQuds‬ ‪#‎pray4pantaitimur‬ ‪#‎MyCARE‬

DARIPADA AQSA SYARIF KEPADA MyCARE
Sejak dari awal tahun 2014, sudah wujud idea konsolidasi projek-projek bantuan kemanusiaan antara Aqsa Syarif dengan beberapa badan bantuan kemanusiaan yang mempunyai hubungan rapat dengan kami dengan harapan untuk menjana lebih sinergi dan mengurus perkongsian sumber dengan lebih efektif. Langkah ini juga bertujuan untuk memperkasa dan memperkemas bantuan kemanusiaan ke negara-negara umat Islam lain yang turut memerlukan bantuan dan perhatian daripada kita semua.

Pengalaman 4 tahun Aqsa Syarif dalam projek dan misi bantuan kemanusiaan di Palestin mengajarkan kepada kami bahawa konflik umat Islam di negara yang berjiran dengan Palestin seperti Syria dan Iraq tidak mungkin dapat dibiarkan begitu sahaja tanpa pembelaan yang serupa; lebih-lebih lagi apabila penyelesaian konflik di negara-negara ini mempunyai hubungan rapat dengan kejayaan agenda pembebasan Palestin.

Justeru, berbekalkan pengalaman yang ada dan impian untuk membawa agenda perubahan umat yang lebih besar, Aqsa Syarif telah menyatakan kesediaan untuk bergabung dengan 5 buah agensi lain iaitu IKRAM4Syria (i4S), Salam Iraq, Rose2Rose, Nusantara CARE (NICE) dan Palestine Centre of Excellence (PACE) di bawah satu payung yang diberi nama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). Di bawah MyCARE, Aqsa Syarif akan tetap meneruskan malah memperkembang projek-projeknya di Palestin sementara agensi-agensi lain di bawah MyCARE akan memberi fokus kepada negara-negara di bawah kelolaan masing-masing. Semoga dengan penyatuan ini projek-projek bantuan kemanusiaan dapat terus diperkasa dan diurus dengan lebih baik.
Sesuai dengan pengstrukturan baru ini juga, bermula 1 Januari 2015 MyCARE akan diterajui oleh Tn. Haji Ibrahim bin Mohamad, seorang yang mempunyai berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pentadbiran korporat. Pengalaman dan penglibatan beliau dalam gerak-kerja NGO juga tidak kurang hebatnya. Semoga di bawah pimpinan beliau sebagai CEO, MyCARE akan terus dipacu kehadapan demi kemaslahatan ummah dan kemanusiaan sejagat.
Jazakumullah khairan katheera (semoga Allah membalas kamu dengan sebaik-baiknya dan sebanyak-banyaknya) kepada anda semua yang telah berdiri teguh menyokong usaha-usaha kemanusiaan yang dianjurkan sama ada oleh Aqsa Syarif, IKRAM4Syria (i4S), Rose2Rose, Salam Iraq, NICE dan PACE selama ini. Kami memohon sokongan yang sama atau lebih baik lagi daripada anda kepada MyCARE di masa akan datang.
'Nurturing Humanity, Making A Difference'
Sekian, terima kasih.
Yang menunaikan amanah,
TN HAJI KAMARUL ZAMAN SHAHARUL ANWAR,
Mantan Pengurus Besar,
Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE).
‪#‎AqsaSyarif‬ ‪#‎SavealQuds‬ ‪#‎MyCARE‬ ‪#‎pray4pantaitimur‬ [Ph]

No comments:

Post a Comment