Apapun impian atau cita-citanya ia hendaklah berlandaskan syariah ISLAM. Pesanan Imam Al-Syafie
" BERAPA RAMAI MANUSIA YANG MASIH HIDUP DALAM KELALAIAN SEDANGKAN KAIN KAFANNYA SEDANG DITENUN"
Cerita daripada Saudari Haslinda Alias yang pernah mendengar sebuah cerita di radio ikim, seorang anak yang kembali pulang ke rumah ibunya. Usai berbual dengan ibunya, anaknya berkata :
"Ibu, sebenarnya ada benda saya nak beritahu. Mungkin benda ni ibu dah lama lupakan atau tak ingat. Dulu sewaktu saya dapat kerja, dan dapat gaji pertama. Saya gunakan duit dari gaji pertama itu untuk beli seluar jeans yang mahal, hasil usaha kerja saya. Agak seronok masa tu. Dan satu hari itu, ibu basuh pakaian dan seluar jeans itu terkena peluntur habis bertompok-tompok seluar tu. Dan apabila saya melihat, saya jadi marah sangat. Saya lemparkan seluar tu depan ibu dan tanpa fikir panjang, saya kata, "Habis seluar aku, orang tua takda otak". Dan waktu itu, ibu tergamam sambil melihat saya. Hari ini di hadapan ibu, saya datang pada ibu, saya nak minta maaf atas kesilapan dan apa yang kelur dari mulut saya waktu itu. Saya benar-benar rasa bersalah, saya minta maaf ibu."
Tahu tak apa yang ibunya jawab?
"Memang ibu nak bawa rasa sedih, rasa sakit ini depan Allah nanti. DepanNya nanti ibu akan mengadu. Walaupun ibu nampak tenang di hadapan kamu, rasa sakit ini tidak pernah hilang semenjak kamu mengeluarkan kata-kata kesat itu pada ibu, dan ibu tak pernah lupa sehingga hari ini." (Dengan linangan air mata)
Allahurabbi.
Nah, lihatlah.
Ada tak kita wahai anak-anak menguriskan hati ibu ayah kita?
Ada tak terkasar bahasa?
Ada tak kurang ajar?
Ada tak pernah memaki, memarahi, mengherdik ibu ayah kita?
Jangan sampai rasa sakit itu di bawa di akhirat, dibentangkan di hadapan Allah kelak.
Nah, lihatlah.
Ada tak kita wahai anak-anak menguriskan hati ibu ayah kita?
Ada tak terkasar bahasa?
Ada tak kurang ajar?
Ada tak pernah memaki, memarahi, mengherdik ibu ayah kita?
Jangan sampai rasa sakit itu di bawa di akhirat, dibentangkan di hadapan Allah kelak.
Selagi ada waktu,
pulanglah pada ibu ayahmu.
Yang jauh, hubungilah mereka.
Mintalah maaf pada mereka, sungguh-sungguh.
Hatta kena sujud di hadapan ibu ayahmu.
Ingatlah, redha Allah itu terletak pada redha ibu ayah.
pulanglah pada ibu ayahmu.
Yang jauh, hubungilah mereka.
Mintalah maaf pada mereka, sungguh-sungguh.
Hatta kena sujud di hadapan ibu ayahmu.
Ingatlah, redha Allah itu terletak pada redha ibu ayah.
Daripada kisah diatas hendaklah kita sentiasa merendah diri terutama dihadapan kedua-dua ibubapa kita walaupun kita seorang menteri atau puan seorang jutawan kerana apa yang kita miliki adalah hasil jagaan dan didikan daripada
kedua-dua ibubapa kita....................Andai kata mereka membiarkan kehidupan kita tidak terurus atau pun tidak di peduli apakah kita tetap menjadi seperti sekarang...............jawapannya tentulah TIDAK...........Maka apapun impian dan cita-cita yang ingin dicapai...........mohonlah restu
daripada
kedua-dua ibubapa kita. ingat
"KEMARAHAN IBUBAPA MERUPAKAN KEMARAHAN ALLAH SWT terhadap kita"
syurga d bwh tapak kaki ibu
ReplyDeleteI appreciated your work very thanks https://hocdot.com/giai-toan-8/c6.htm
ReplyDelete